Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS RAMAH MESRA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANTARA PEGAWAI-PEGAWAI DAN GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I TAHUN 1445H / 2024M

03 May 2024

MAJLIS RAMAH MESRA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANTARA PEGAWAI-PEGAWAI DAN GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I TAHUN 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Salambigar, Jumaat, 23 Syawal 1445 bersamaan 03 Mei 2024–Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama petang tadi mengadakan Majlis Ramah Mesra Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Mahligai Al-Barakah Ballroom, Mid Valley, Kampong Salambigar.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Ustaz Awang Haji Ayop bin Haji Ghani, Pemangku Penolong Pengarah (Profesional) Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Islam dengan pemimpin sekolah-sekolah ugama dan guru-guru ugama Kawasan Brunei I. Di samping itu, bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat oleh Yang Mulia Cikgu Mohd Halidi bin Awang Haji Basar. Diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi Majlis, Yang Mulia Cikgu Awang Azmerul bin Haji Haris, Guru Besar Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Acara turut diserikan dengan persembahan Lagu Hari Raya dan cabutan nama bertuah.