FAQ

Sijil halal hendaklah dipohonkan oleh mana-mana orang yang memiliki suatu perniagaan yang menyediakan makanan di suatu tempat selain daripada kemudahan pemprosesan produk. Contohnya memohon sijil halal bagi restoran, café, kantin.

Permit halal hendaklah dipohonkan oleh mana-mana orang yang memiliki suatu perniagaan yang menyediakan makanan di kemudahan pemprosesan produk. Contohnya memohon mendapatkan permit halal bagi produk air botol dari kilang botol air.

Ya. Sijil halal hendaklah dipohonkan bagi setiap premis penyediaan makanan.

Proses penyertuan (ritual cleansing) hendaklah dijalankan terlebih dahulu terhadap restoran tersebut. Proses ini perlu disaksikan oleh pihak Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Restoran yang menghidang khinzir hendaklah mendaftar juga kepada Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Ya. Berdasarkan perintah sijil halal dan label halal, pindaan 2017, setiap perniagaan yang menyediakan makanan hendaklah memohon pensijilan halal.

Ya. Berdasarkan perintah sijil halal dan label halal, pindaan 2017, setiap perniagaan yang menyediakan makanan hendaklah memohon pensijilan halal.

Permohonan pensijilan halal tidak diwajibkan bagi perniagaan menjual bahan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Permohonan pensijilan halal tidak diwajibkan bagi perniagaan menjual bahan mentah seperti ikan. Namun, kilang memproses ikan atau isi ikan untuk menghasilkan produk seperti bebola ikan, hendaklah membuat permohonan mendapatkan permit halal bagi produk yang dihasilkan.

Maaf, buat masa ini permohonan yang lengkap hanya boleh dihantar ke kaunter-kaunter Bahagian Kawalan Makanan Halal.

Ya. Sijil pendaftaran perniagaan atau sebandingnya adalah salah satu dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan.

Untuk maklumat lanjut mengenai sijil pendaftaran perniagaan, awda boleh layari www.roc.gov.bn atau datang ke pejabat pendaftar syarikat-syarikat dan perniagaan (rocbn), kementerian kewangan.

Salah satu kehendak untuk mendapatkan sijil halal atau permit halal ialah mendaftarkan sekurang-kurangnya dua (2) orang penyelia halal bagi setiap permohonan. Salah seorang daripadanya hendaklah sentiasa berada di premis penyediaan makanan semasa waktu beroperasi. Selaku pemilik atau pengurus berugama islam, awda juga boleh mendaftarkan diri sebagai penyelia halal dan seterusnya berusaha mendapatkan seorang lagi untuk dilantik menjadi penyelia halal bagi memenuhi kehendak permohonan untuk mendapatkan sijil halal atau permit halal.

Orang yang boleh memohon sebagai penyelia halal adalah seseorang yang berugama islam dari mazhab syafie atau boleh juga dalam mana-mana satu mazhab hanafi, maliki atau hambali yang telah diterima pakai oleh Negara Brunei Darussalam, dengan syarat memahami hukum-hakam daripada mazhab syafie. Mempunyai kefahaman, penghayatan dan pengetahuan tentang kesucian, kebersihan dan kehalalan makanan dan barang gunaan orang-orang islam. Calon Penyelia Halal adalah terdiri daripada orang-orang yang bekerja di premis seperti Pemilik, Pengurus, Tukang Masak dan pekerja premis.

Peranan dan tanggungjawab penyelia halal adalah mengawal kehalalan produk makanan dan hal-hal penyediaan dan pengendalian bahan-bahan yang dimasak termasuk alat, perkakas atau sebagainya yang digunakan di tempat perniagaan.

Dokumen-dokumen rujukan seperti Piawaian Brunei Darussalam Mengenai Makanan Halal atau garispandu-garispandu yang berkenaan boleh diperolehi di: Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian tenaga (tenaga dan tenaga manusia) dan perindustrian Blok 19, Simpang 32-15, Jalan Anggerek Desa, Negara Brunei Darussalam.

Awda diberikan tempoh selama enam (6) bulan dari tarikh mula beroperasi untuk membuat permohonan mendapatkan sijil halal.

Bayaran bagi pengeluaran sijil halal adalah sebanyak bnd 90.00, dengan tempoh sahlaku selama 3 tahun.

~LINK~

Pemohon sijil halal perlu menyenaraikan semua menu yang dihidangkan/disediakan.

Awda dikehendaki untuk menyelesaikan pembayaran sijil halal dan permit halal di: Tingkat 1, Bahagian Kewangan Dan Perakaunan, Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910 Seterusnya, resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa untuk mengambil sijil halal dan permit halal di: Tingkat 3, Jabatan Majlis Ugama Islam, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910

Awda boleh memohon untuk mendapatkan sijil pengendali makanan di Autoriti Makanan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Food Authority, BDFA). Https://bdfa.gov.bn/services-food-handlers/

Kemasukan makanan berproses (selain dari yang berasas daging / meat-based) adalah di bawah kawalan BDFA. Https://bdfa.gov.bn/services-import-export-page/ Permohonan Permit Halal bagi produk keluaran luar negara adalah secara sukarela.

Adalah mandatori bagi pemilik-pemilik syarikat ataupun pengusaha makanan minuman yang mengeluarkan produk atau menghidangkan makanan di Brunei Darussalam, untuk memohon atau mendaftar syarikat mereka melalui kaunter permohonan BKMH.

Jika pemilik restoran sudah mempunyai rancangan promosi sepanjang tahun atau bermusim (contoh: limited-time menu, menu Ramadan, festive menu), adalah disarankan untuk memohon penambahan menu secepat mungkin.

Adalah memadai premis tersebut bersijil halal dan produk atau menu yang dibekalkan sudah berdaftar atau dipohonkan ke BKMH. Contoh CATATAN bagi produk atau menu yang dibekalkan dalam Senarai Bahan Ramuan: Premis ini sudah bersijil Halal.

Awda boleh mengadukan perkara tersebut ke: Talian dan Whatsapp Aduan BKMH: (+673) 7166222 Emel rasmi BKMH: bkmh@mora.gov.bn

Menurut Imam Syafi’e, segala yang kotor adalah haram walaupun tidak ada nas yang mengharamkan seperti tahi, ulat dan air kencing kerana ia termasuk di dalam kategori khabaith. Firman Allah SWT di dalam Surah al-A’raaf: 157 “Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang khaba’its (menjijikkan).

Kopi Luwak adalah suci dan halal diminum jika biji kopi yang diperolehi itu keadaannya seperti berikut: i. Biji kopi yang keluar bersama-sama najis binatang luwak itu tidak rosak sekalipun sedikit dan ia boleh tumbuh apabila ditanam. ii. Biji kopi itu dibasuh hingga bersih (suci) dari najis binatang luwak tersebut. Fatwa menyeluruh bpleh dirujuk dalam Irsyad Hukum 2018, JABATAN MUFTI KERAJAAN.

Khusus mengenai bahan pewarna Cochineal iaitu sejenis serangga yang sering dijadikan bahan pewarna dalam makanan. Sungguhpun cochineal itu serangga yang tidak mengalir darahnya namun bangkainya najis dan tidak halal dimakan. Fatwa menyeluruh bpleh dirujuk dalam Irsyad Hukum 2015, JABATAN MUFTI KERAJAAN.

Pembuatan atau penyediaan makanan seperti tapai, sehingga terjadinya alcohol adalah termasuk dalam proses penapaian (fermentation). Alkohol yang wujud dalam tapai berkenaan jika belum sampai kepada tahap alcohol yang boleh memabukkan, maka tapai itu tidak haram dimakan. Fatwa menyeluruh boleh dirujuk dalam Irsyad Hukum 2005, JABATAN MUFTI KERAJAAN.

Awda boleh mengadukan perkara tersebut ke: Talian dan Whatsapp Aduan BKMH: (+673) 7166222 Emel rasmi BKMH: bkmh@mora.gov.bn Antara perkara-perkara lain yang awda boleh sertakan bersama aduan ialah waktu dan tarikh perkara itu disaksikan, serta nama restoran dan jika diketahui ianya bersijil halal. Untuk makluman bersama, bagi restoran yang tidak bersijil halal, aduan akan dihadapkan kepada agensi Autoriti Makanan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Food Authority, BDFA).

Awda boleh mengadukan perkara tersebut ke: Talian dan Whatsapp Aduan BKMH: (+673) 7166222 Emel rasmi BKMH: bkmh@mora.gov.bn Antara perkara-perkara lain yang awda boleh sertakan bersama aduan ialah waktu dan tarikh perkara itu disaksikan, serta nama restoran dan jika diketahui ianya bersijil halal. Untuk makluman bersama, bagi restoran yang tidak bersijil halal, aduan akan dihadapkan kepada agensi Autoriti Makanan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Food Authority, BDFA).

Daging hendaklah hanya diimport oleh seseorang yang memegang Permit Import Halal, dan permit eksport dari negara yang mengeksport daging tersebut.

Boleh jika biskita mempunyai Permit Import Hhalal. Sila rujuk kepada proses permohonan yang dinyatakan dalam laman sesawang KHEU.

Mana-mana orang yang berhasrat, dengan syarat pemilik hendaklah berugama Islam, mempunyai lesen perniagaan dan memiliki tempat penyimpanan (Cold Storage).

Tidak dibenarkan, iaitu bagi penyembelihan ayam/burung/itik, sepertimana yang telah ditetapkan oleh MUIB. Ya (dibenarkan), iaitu khusus negara yang memperundangkan penggunaan kaedah stunning bagi binatang seperti lembu, kambing dan kerbau hendaklah mematuhi perkara berikut: i. Stunning hanya mengakibatkan binatang pengsan untuk sementara waktu sahaja. ii. Stunner tidak menembusi atau memecahkan kepala binatang tersebut. iii. Stunner tidak mengakibatkan kerosakan otak kekal atau mengakibatkan kematian atau kecacatan badan kepada binatang itu.

Kadarnya $50 bagi setiap Permit Import Halal dan hendaklah memohon melalui Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) dan menjelaskan pembayaran tersebut ke Jabatan Majlis Ugama Islam.

Hendaklah pusat penyembelihannya diiktiraf halal oleh MUIB terlebih dahulu (Akta daging Halal, Penggal 183) dan seterusnya membuat permohonan Permit Halal di bawah Perintah Sijil Halal Label Halal, 2005 bagi produk tersebut.

Tidak boleh, tetapi jika syarikat pengimport tersebut memberi kebenaran, awda dikehendaki membuat permohonan pengiktirafan halal pusat penyembelihan luar negara seperti lazimnya, dengan menyertakan surat kebenaran syarikat tersebut, dan ianya akan dibawa ke dalam Mesyuarat Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal (LMPIH) bagi pertimbangan dan sokongan.

Pengiktirafan pusat penyembelihan luar negara akan dikira mansuh jika syarikat pengimport tidak mengimport daging dari pusat penyembelihan berkenaan ke Negara Brunei Darussalam dalam tempoh dua (2) tahun (tidak aktif).

Ya, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab 4(1), Akta Daging Halal, Penggal 183. Hukumannya jika sabit kesalahan, penjara tidak melebihi satu (1) tahun, denda tidak melebihi $4,000 atau kedua-duanya sekali.

Ya, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab 5(1), Akta Daging Halal, Penggal 183. Hukumannya jika sabit kesalahan, penjara tidak melebihi satu (1) tahun, denda tidak melebihi $4,000 atau kedua-duanya sekali

Ya, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab 5(2), Akta Daging Halal, Penggal 183. Hukumannya jika sabit kesalahan, penjara tidak melebihi satu (1) tahun, denda tidak melebihi $4,000 atau kedua-duanya sekali

Ya, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab 5(4), Akta Daging Halal, Penggal 183. Hukumannya jika sabit kesalahan, penjara tidak melebihi satu (1) tahun, denda tidak melebihi $4,000 atau kedua-duanya sekali

1. Sijil Halal bagi pusat penyembelihan 2. Lesen Membekal Daging Halal Tempatan 3. Sijil Penyembelih (bagi semua penyembelih) 4. Tanda Halal MUIB

Tidak boleh. Penyembelih hendaklah seorang pemegang Sijil Penyembelih, manakala penjualan daging mentah hendaklah mempunyai Sijil Halal dan Lesen Membekal Daging Halal Tempatan.

Setiap daging berkenaan mempunyai Tanda Halal MUIB. Disamping itu juga, pusat penyembelihan yang telah diiktiraf oleh MUIB ada mempunyai Sijil Halal.

Kadar bayaran adalah seperti berikut; Sijil Halal: $30 Sijil Penyembelihan : $10 Lesen Membekal Daging Halal Tempatan : $20 Tanda Halal: $0.02

Tempoh sah Sijil Halal, Sijil Penyembelihan dan Lesen Membekal Daging Halal Tempatan ialah selama satu (1) tahun dan dikehendaki untuk membuat pembaharuan tiga (3) bulan sebelum tarikh mansuh.

Ya, Pegawai Penguatkuasa Bahagian Kawalan Makanan Halal akan sentiasa menjalankan pemantauan / pemeriksaan ke pusat penyembelihan tempatan.