Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCara Mendaftar Memeluk Agama Islam


PENDAFTARAN MEMELUK AGAMA ISLAM


 
1.Mana-mana individu yang telah mencapai umur 14 tahun dan 7 bulan boleh mendaftar sendiri untuk memeluk agama Islam.
2.Mana-mana individu dibawah umur yang telah ditetapkan di atas mestilah didaftarkan mengikut identiti ibu bapa atau penjaganya.
3.Mana-mana individu yang bergantung kepada identiti penjaganya hendaklah membawa bersama surat pengenalan ibu bapa atau keluarga terdekat jika mereka masih hidup.
4.Mana-mana individu yang telah didaftarkan mengikut perkara 2 dan 3 hendaklah mendaftar sebagai muallaf bebas apabila telah mencapai umur 14 tahun dan 7 bulan keatas.

TEMPAT MENDAFTAR
 
1.Pendaftaran boleh dibuat pada waktu pejabat di Unit Pengislaman dan Bimbingan Muallaf, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kampong Pulaie, Jalan Berakas, Negara Brunei Darussalam, atau di Unit Da'wah Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.
2.Waktu Pejabat:
◦7:45 Pagi hingga 12:15 Tengahari
◦1.30 Petang hingga 4.30 Petang

MAKLUMAT PENTING

 
1.Dikehendaki membawa bersama Kad Pengenalan, Kad Waran Polis atau Tentera
2.Warga asing dikehendaki menyediakan Paspot dan Kad Pengenalan 
3.Dikehendaki membawa bersama 12 salinan gambaran berukuran Paspot (bagi wanita adalah dimestikan untuk memakai tudong)
4.Membawa bersama dua lelaki Islam sebagai saksi ; jika ada
5.Dgalakkan untuk memilih nama Islam. Panduan dalam memilih nama:
◦Nama yang baik adalah disyorkan berdasarkan makna, mudah disebut atau nama-nama nabi atau sahabat nabi.
◦Bagi surname, anda disyorkan untuk memilih salah satu daripada nama-nama yang indah terdiri daripada sifat-sifat bagi Allah dan memasukkan hamba di hadapannya, seperti Abdullah
◦Jika memilih untuk mengekalkan nama keluarga, anda boleh berbuat demikian dengan memasukkannya pada penghujung nama, sebagai contoh:
-MUHAMMAD ALI BIN ABDULLAH LEE
-ALEEYANA BINTI ABDULLAH LIM
 
* Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke Unit Pengislaman dan Bimbingan Muallaf, Pusat Da'wah Islamiah, Kampong Pulaie, Jalan Berakas, Negara Brunei Darussalam, atau di talian 2383996 sambungan 164/404/417