Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Kelas Dewasa Ugama


Kurikulum Kelas Dewasa Ugama 

Dengan adanya Peraturan Am Kelas Dewasa Ugama Tahun 1980 bilangan: 31 JUB 108/1980, maka Kelas Dewasa Ugama dan Kelas Dewasa Al-Quran yang ditubuhkan secara berasingan sebelumnya disatukan dengan dikenali sebagai Kelas Dewasa Ugama yang mengandungi mata-mata pelajaran seperti Tauhid, Feqh, Tasawuf dan Al-Quran. 
 
Pelajaran ugama yang diajarkan pada masa ini berpandukan kepada sukatan pelajaran ugama yang diajarkan di persekolahan ugama. Sukatan pelajaran bagi Kelas Dewasa Ugama peringkat rendah mengikut sukatan pelajaran persekolahan ugama darjah I hingga III, manakala sukatan pelajaran kelas dewasa peringkat lanjutan pula mengikut sukatan pelajaran persekolahan ugama darjah IV hingga VI.
 
Mata pelajaran yang diajarkan adalah seperti berikut: 
 
i. Al-Quran/ Muqaddam dan Tajweed
ii. Tauhid 
iii. Feqh/ Amali Ibadat 
iv. Tasawuf/ Adab 


Pusat-Pusat Kelas Dewasa Ugama 2013

BIL​DAERAHBIL​NAMA PUSATJUMLAH KELASJUMLAH GURUJUMLAH PELAJAR
1Brunei Muara1SU Lambak Kanan3535673
22SU Lumapas121215
33SR Iqra1120
44Masjid Setia Ali Muara1125
55SU Rimba II2239
66Jabatan Kerja Raya1130
77Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan1140
8Tutong1Sekolah Rendah Sinaut88140
92Masjid Hassanal Bolkiah1117
103Masjid Kg Keriam1127
114Masjid Bukit Panggal2237
125Jabatan Kerja Raya Serambangun1117
13Belait1SU Paduka Seri Begawan SOAS1123
142SU PAP Rashidah Saadatul Bolkiah Seria2253
Jumlah  69691150