Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Perintah Pendidikan Wajib


Satu undang-undang khas telah digubal yang dikenali sebagai Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 yang berkuatkuasa mulai I Januari 2013.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengumumkan penggubalan undang-undang tersebut semasa Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22 bagi Tahun 1433 Hijriah /2012 Masihi, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
 

Gelaran, Pemulaan Kuatkuasa dan Gelaran Panjang
 
§ Perintah ini boleh digelar sebagai “Perintah Pendidikan Ugama Wajib, 2012 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013
 
§ Gelaran panjang Perintah ini adalah “Suatu Perintah untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan ugama dan bagi perkara-perkara yang berhubung atau bersampingan dengannya”.
 
 
Tafsiran
 
Dalam Perintah ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain:
 
§ “ibu bapa” berkenaan dengan seseorang kanak-kanak yang dikenakan bab 5, termasuk seorang penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau sebenar ke atas kanak-kanak itu;
 
§ “kanak-kanak yang berumur wajib bersekolah ugama” bermakna seorang kanak-kanak Islam yang berumur 7 tahun atau ke atas yang belum lagi mencapai umur 15 tahun dan memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan pendidikan ugama prasekolah dan rendah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

§ “pendidikan ugama” bermakna pendidikan ajaran ugama Islam menurut Ahlis Sunnah Waljamaah;

§ “sekolah ugama” bermakna mana-mana institusi bagi penyeliaan pendidikan pra-sekolah dan rendah sepenuh masa iaitu:

a) Sesebuah sekolah ugama yang ditubuhkan dan diselenggarakan secara khusus oleh kerajaan; atau
b)     Sekolah lain sebagaimana yang mungkin ditetapkan
 

Pengenaan
 
Perintah ini hendaklah dikenakan kepada seseorang kanak-kanak yang berumur wajib bersekolah ugama:
 
a) Yang berugama Islam
b) Yang lahir pada atau selepas 1 hb Januari 2006
c) Yang tinggal di Negara Brunei Darussalam; dan
d) Yang ibubapanya, sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka, adalah warganegara Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.
 
§ “ibu bapa” berkenaan dengan seseorang kanak-kanak yang dikenakan bab 5, termasuk seorang penjaga dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan di sisi undang-undang atau sebenar ke atas kanak-kanak itu;
 
§ Perintah ini boleh digelar sebagai “Perintah Pendidikan Ugama Wajib, 2012 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013
 
§ Gelaran panjang Perintah ini adalah “Suatu Perintah untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan ugama dan bagi perkara-perkara yang berhubung atau bersampingan dengannya”.
 


Pendidikan Ugama Wajib
 
i. Tiap-tiap ibu bapa hendaklah, jika anaknya adalah seorang kanak-kanak yang berumur wajib bersekolah ugama pada 01 Januari dalam tahun bersekolah semasa (2013), memastikan bahawa anaknya itu didaftarkan sebagai seorang murid di sebuah sekolah ugama pada tahun itu dan terus menjadi seorang murid bagi tempoh pendidikan ugama wajib.

ii. Ibubapa yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan

iii. Dalam ceraian (1), “tempoh pendidikan ugama wajib” bermakna tempoh pendidikan ugama yang disediakan di sebuah sekolah ugama yang dirancang untuk selama 7 tahun tetapi boleh tamat antara 7 dan 8 tahun.
 
Pengecualian
 
Menteri boleh, jika dia mengganggapnya mustahak dan bagi kepentingan kanak-kanak atau orang ramai untuk berbuat demikian, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan dan tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana kanak-kanak atau mana-mana golongan atau perihalan kanak-kanak dari peruntukan bab 5.

Hukuman
 
i. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah bab 5(2) boleh jika sabit kesalahan dikenakan   suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali

ii. Mana-mana orang:

a) Enggan hadir dalam mana-mana prosiding lembaga;
b) Enggan memberikan sebarang maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen kepada Lembaga;
c) memberikan sebarang maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen yang palsu dalam suatu butiran  mustahak dan yang diketahuinya sebagai palsu atau dia tidak mempercayainya sebagai benar; atau
d) mengadang atau menghalang Setiausaha Tetap, Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Lembaga,
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali