Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Permohonan Menunaikan Fardu Haji

 

Setiap pemohon yang berhasrat ingin menunaikan ibadat fardhu haji hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang pendaftaran haji. Borang pendaftaran haji boleh diperolehi di Pusat-Pusat Pendaftaran berikut :​
 
  1. Kaunter Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam BB3910.

  2. Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.


Borang permohonan hendaklah dihadapkan dan didaftarkan oleh pemohon atau keluarga pemohon itu sendiri dan bukannya diwakilkan kepada pegawai syarikat perkhidmatan pakej haji.

Setiap permohonan yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Borang pendaftaran haji bolehlah didapatkan di Pusat-Pusat Pendaftaran Haji dengan harga $2.00 (Dua Ringgit) bagi setiap pemohon.


SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH BAGI KETERANGAN LANJUT:



MAKLUMAN BORANG PENDAFTARAN HAJI MUSIM HAJI TAHUN 1439 HIJRAH / 2018 MASIHI DAN
SURAT KELILING JABATAN PERDANA MENTERI BIL: 11/2017NEGARA BRUNEI DARUSSALAMPENGURNIAAN TAMBANG BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJIBAGI MUSIM HAJI TAHUN 1439 HIJRAH / 2018 MASIHI