Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah

Mengenang sejarah penubuhan Jabatan Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dengan sendirinya secara langsung mengungkit kembali sebahagian sejarah kegemilangan pimpinan dan pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan yang ke-28 Negara Brunei Darussalam.

Kenyataan ini dapat dibuktikan kerana peranan Al-Marhum dalam bidang ini sudah bermula sejak Al-Marhum belum menjadi Sultan lagi, dalam masa pemerintahan kekanda Al-Marhum iaitu Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin, telah memperkenankan penubuhan sebuah Badan Penasihat Ugama dalam tahun 1948 yang diberi nama ‘Penasihat Ugama Islam’ (Mohammaden Religious Adviser). Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien yang ketika itu dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara (mengikut Notification No.20/1948 yang ditandatangani oleh British Resident pada masa itu) merupakan salah seorang anggota terkuat badan berkenaan.

Dengan kuatkuasa Perlembagaan Negara Brunei pada 29 September 1959, Jabatan Hal Ehwal Ugama diasingkan dari Jabatan Adat Istiadat dan Kebajikan dan berdiri sebagai sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Ugama.

Itulah sejarah awal yang membawa penubuhan Jabatan Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam sehingga tertubuhnya Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.