Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Setiausaha Tetap



Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim

SETIAUSAHA TETAP

Biodata

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dilahirkan pada 22 November 1969.

Pendidikan Akademik

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim mendapat Ijazah Serjana Muda (Degree in Law (LLB Hons) di Universiti of Wolverhampton, United Kingdom pada tahun 1992.

Pada tahun 1995, beliau dianugerahkan Sijil Amalan Guaman Kelas Dua Rendah (LULUS) di Universiti Malaya. Malaysia

Memperolehi Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syar'ie dari Universiti Brunei Darussalam pada 8 Jun 2002.

Master of Laws In Commercal Laws (LLM) di University of Southampton, United Kingdom pada tahun 2008.

Pengalaman Bekerja           

Mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 November 1993 sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Peguam Negara.

Pada 16 Disember 1995 beliau dinaikkan pangkat sebagai Penasihat Undang-Undang dan ditetapkan jawatan pada 1 November 1996.

Pada 1 Mac 2004, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dilantik menjadi Timbalan Penasihat Undang-Undang Kanan di Pejabat Peguam Negara.

Pada 26 Jun 2012 bertugas di Bahagian Undang-Undang dan Kesejahteraan, Jabatan Perdana Menteri.

Kemudian memangku jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Oktober 2013.

Pada 08 Februari 2018 beliau dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Law & Welfare) di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 30 April 2020 Yang Mulia Awang Haji Rosli dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bintang-Bintang Kebesaran

  • Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (PSB) - 2012
  • Bintang Darjah Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) - 2016
  • Pingat Indah Kerja Baik pada tahun 2005 dan Pingat Kerja Lama (PKL) - 2017