Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTimbalan Setiausaha Tetap (Dasar Dan Keugamaan)




Yang Mulia Haji Harun bin Haji Junid

Timbalan Setiausaha Tetap​

 
 
Yang Mulia Haji Harun bin Haji Junid lahir pada 05hb Januari 1963 di Negara Brunei Darussalam.
Beliau mendapat Ijazah B.A Usuluddin (Da’wah) dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1991 dan menerima Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sarimah binti Haji Abu Bakar dan dikurniakan enam orang cahayamata.

Pengalaman Bekerja:
Mula berkhidmat dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 01hb Oktober 1991 sebagai Pegawai Ugama di Ma’had Islam Brunei, Pemangku Kadi Daerah Tutong (1995 – 1996), Pemangku Kadi Daerah Brunei Muara (1996 – 1997), Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam (1997 – 2002), Pemangku Ugama Kanan Pejabat Majlis Ugama Islam Brunei (2002 – 2003), Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama (2003 – 2004), Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait (2004 – 2005). Pada 20hb Julai 2005 beliau telah dilantik sebagai Konsul Agung Negara Brunei Darussalam, di Jeddah Arab Saudi, Setiausaha Majlis Ugama Islam (2009), Pengarah Urusan Haji (2010), Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 15hb Disember 2010 hingga sekarang.

Pengurniaan:
Di sepanjang perkhidmatannya, beliau telah dikurniakan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam iaitu: Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) (2002), Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Ke Empat) (P.S.B) (2010) dan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar (Darjah Ke Tiga) (S.S.U.B) (2014).