بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa
Rangka kerja Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak (NFCP) telahpun dilancarkan
pada 22 Disember 2020.
Untuk makluman, Buku NFCP adalah sebuah
dokumen rujukan kearah memperkukuhkan lagi ekosistem perlindungan kanak-kanak
di Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan Whole-of-Nation demi mempastikan
tiada kanak-kanak yang tercicir dari mendapatkan perlindungan.
Untuk makluman bersama, Buku NFCP
tersebut mengandungi beberapa strategi utama yang berkaitan dengan perlindungan
kanak-kanak termasuk dari aspek dasar; undang;undang dan etika; mekanisme
pemantauan; koordinasi penyelarasan
diantara agensi; perkhidmatan social; sokongan keluarga; penglibatan
masyarakat; pencegahan; penglibatan kanak-kanak dan peningkatan latihan dan
kapasiti. Secara keseluruhannya NFCP mengandungi 6 teras iaitu; Dasar dan
Perundangan ; Mekanisme Pemantauan;
Penyelarasan antara agensi; Perkhidmatan Sosial; Sokongan Keluarga dan
Penglibatan Kominiti.
Bersama ini disertakan link mengenainya
iaitu : http://japem.gov.bn/Documents/nfcp.pdf.
