Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pusat Dawah Islamiah

​​​​PUSAT DA'WAH ISLAMIAH


MISI

Menyebarluas dan memantapkan ajaran serta penghayatan ugama Islam kepada rakyat dan penduduk negara ini bagi kesejahteraan beragama dan bernegara menurut Ahli Sunnah Wal Jama’ah Mazhab Syafi’e.


MATLAMAT

1)    Menyebar, memberi maklumat dan membekal ilmu agama Islam melalui penyelidikan, penerbitan, ceramah, kursus dan bimbingan kepada muslim dan non-muslim di Negara Brunei Darussalam berkonsepkan ajaran Ahli Sunnah wal Jama’ah Mazhab Syafi’e.

2)    Mewujudkan masyarakat Islam yang bersatu pendapat dalam hukum-hukum agama dan mengelakkan daripada kekeliruan dan keraguan dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.

3)    Memeduli kebajikan sama ada berbentuk fizikal, moral dan spiritual muallaf bagi menjamin kehidupan mereka yang lebih baik dan sempurna dalam agama Islam.

4)    Memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah dan sosiobudaya yang berorientasikan Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam dan umumnya negara-negara Islam yang lain.

5)    Menghasilkan pengurusan yang cemerlang dan sumber tenaga manusia yang berkualiti.

6)    Mempertingkatkan pengetahuan, kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap agama, sesuai dengan kehendak agama dan tuntutan-tuntutan perkembangan dunia.

7)    Menyebarkan kefahaman agama Islam kepada orang-orang yang bukan beragama Islam di negara ini bagi membolehkan mereka mengetahui sekadarnya akan ajaran-ajaran agama Islam yang menjadi anutan dan cara hidup golongan majoriti di negara ini, serta sesuai dengan kehendak Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi.


SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Da’wah Islamiah mula beroperasi pada 8 Rabiulakhir 1405 bersamaan 1 Januari 1985. Perasmian disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Muharram 1406 bersamaan 16 September 1985.


STRUKTUR ORGANISASI

pdi 2023.png 


ALAMAT DAN LOKASI

Pusat Da’wah Islamiah, Kampong Pulaie, Jalan Pusat Dakwah, BB4310

•    Telefon: 2383989 / 2382897 / 2383756 / 2383882 / 2383996  
•    Emel: pdi@mora.gov.bn