Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal

JABATAN URUSAN ZAKAT, WAQAF DAN BAITULMAL

MATLAMAT

1. Memastikan pengurusan wang zakat termasuk kutipan dan pengagihannya adalah dilaksanakan secara teratur dan efisien.

2. Memastikan program-program dan inisiatif-inisiatif bagi memperkasa keupayaan asnaf adalah secara terancang dan berkesan.

3. Memastikan keberkesanan pengurusandan inisiatif-inisiatif mengembang majukan harta-harta waqaf dan baitulmal bagi menjana kemaslahatan golongan-golongan sasaran, meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam dan menyumbang kepada memperkukuh kedudukan fiskal negara.

SEJARAH PENUBUHAN

1956
Penubuhan Majlis Ugama Islam (MUIB)

1956 - 1986
Urusetia Majlis Ugama Islam merupakan satu bahagian yang diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Ugama

1986
Setelah Jabatan Hal Ehwal Ugama dinaiktaraf menjadi Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Urusetia Majlis Ugama Islam diletakkan sebagai bahagian di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah

2003 - Februari 2005
Urusetia Majlis Ugama Islam diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran, KHEU

20 Muharram 1426H / 01 Mac 2005M
Penaiktarafan Urusetia Majlis Ugama Islam kepada Jabatan Majlis Ugama Islam

01 Muharram 1445H / 19 Julai 2023M
Perasmian Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu penggabungan dan penaiktarafan Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (BAKAZ) dan Bahagian Waqaf dan Baitulmal, JMUIB

STRUKTUR ORGANISASI

JUZWAB.jpeg

ALAMAT DAN LOKASI

Aras Bawah, Jabatan Urusan Zakat, Wakaf dan Baitulmal, Kementerian Hal Ehwal Ugama

Telefon: 8292526

Permohonan bagi Asnaf Fakir Miskin hendaklah dipohonkan secara dalam talian (online) melalui laman sesawang www.skn.gov.bn.