Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

SYARIKAT YANG DIBERIKAN KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH BAGI TAHUN 1443 HIJRAH - 1445 HIJRAH

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Rabu, 17 Syawal 1443H bersamaan 18 Mei 2022M–Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa sebuah syarikat pelancongan telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah selama tiga (3) tahun bermula tahun 1443 Hijrah hingga 1445 Hijrah iaitu Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

Dengan kebenaran yang diberikan tersebut, maka pada masa ini sebanyak lapan (8) buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan umrah bagi tempoh tiga (3) tahun bermula dari tahun 1443 Hijrah hingga 1445 Hijrah iaitu:

1. Syarikat Darussalam Holdings Sdn.Bhd.

2. Syarikat Straits Central Agencies Sdn.Bhd.

3. Syarikat Raudah Al-Amin Sdn.Bhd.

4. Syarikat Continental Yachting Sdn.Bhd.

5. Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn.Bhd.

6. Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn.Bhd.

7. Syarikat Titian Travel & Tours Sdn.bhd.

8. Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah adalah dikehendaki untuk mengikuti pakej syarikat-syarikat yang disenaraikan di atas bagi memastikan urusan-urusan perjalanan Haji dan Umrah berjalan dengan lancar dan teratur.

 

Attachments
Created at 5/21/2022 8:20 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 3/6/2023 10:36 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK