Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

PENDAFTARAN HAJI BAGI TAHUN 1444 HIJRAH / 2023 MASIHI

Rabu, 07 Rabiulakhir 1444H bersamaan 02 November 2022M–Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pendaftaran Haji bagi tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi akan mula dibukakan pada hari  Sabtu, 10 Rabiulakhir 1444H bersamaan 05 November 2022M. Manakala tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Sabtu, 12 Rejab 1444H bersamaan 04 Februari 2023M.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar bolehlah mendapatkan borang pendaftaran haji dengan harga $2.00 (Dua Ringgit) sekeping bermula hari  Sabtu, 10 Rabiulakhir 1444H bersamaan 05 November 2022M di Pusat-Pusat Pendaftaran berikut:

•    Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas

•    Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait

•    Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong

•    Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

Waktu operasi Pendaftaran Haji:

•    Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu (kecuali hari kelepasan awam)

•    Jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang

Sukacita juga dinasihatkan kepada orang ramai yang hadir mendaftar agar mematuhi garispandu terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dalam langkah-langkah membendung wabak COVID-19.

Attachments
Created at 11/2/2022 12:15 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 2/20/2023 11:51 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK