Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

KURNIA TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1444 HIJRAH/ 2023 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Khamis, 05 Jamadilakhir 1444H bersamaan 29 Disember 2022M–Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan, sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara, bahawa permohonan kurnia tambang menunaikan fardhu Haji bagi musim Haji tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi telahpun dibukakan bermula hari ini, Khamis, 05 Jamadilakhir 1444H bersamaan 29 Disember 2022M.

Semua permohonan hendaklah sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama tidak lewat hari Sabtu, 06 Rejab 1444H bersamaan 28 Januari 2023M. Permohonan hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berhasrat untuk memohon bolehlah mengambil borang permohonan kurnia tambang tersebut pada hari-hari bekerja, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan jam 2.00 petang hingga 3.30 petang di tempat-tempat berikut:

1.Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas.

2.Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Borang permohonan tersebut juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Urusan Haji di www.juh.gov.bn.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Urusan Haji di talian 2382301 samb. 283.


Attachments
Created at 1/11/2023 9:44 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 2/25/2023 10:43 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK