بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa pemeriksaan kesihatan [perjumpaan doktor] bagi bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan fardhu haji bagi Musim Haji Tahun 1444 Hijrah/2023 Masihi akan dilaksanakan bermula pada hari Selasa, 02 Rejab 1444H bersamaan 24 Januari 2023M sepertimana jadual berikut:
Bil | Daerah | Tempat Pemeriksaan Kesihatan | Tarikh/Jam |
1 | Tutong | Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah | 24,25 dan 26 Januari 2023 Jam: 8.30 pagi - 12.00 tengahari 1.30 petang – 4.00 petang |
2 | Kuala Belait | Hospital Suri Seri Begawan | 28,30 dan 31 Januari 2023 Jam: 8.30 pagi - 12.00 tengahari 1.30 petang – 4.00 petang |
3 | Temburong | Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam | 01 Februari 2023 Jam: 8.30 pagi - 12.00 tengahari 1.30 petang – 4.00 petang |
4 | Brunei Muara | Klinik Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji, Tingkat 5, Block 2G:01 Kondominium Ong Sum Ping | 02 Februari 2023 Jam: 8.30 pagi - 12.00 tengahari 1.30 petang – 4.00 petang |
Sehubungan degan itu, pihak Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan menghubungi bakal-bakal jemaah haji yang terpilih melalui panggilan telefon untuk memaklumkan tarikh bagi menjalani pemeriksaan kesihatan [perjumpaan doktor].
Bakal-bakal jemaah haji adalah dikehendaki untuk membawa bersama kad pintar, kad Bru-Hims, Buku Rekod Kesihatan dan Panduan Kesihatan Haji bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam [jika ada], buku suntikan berwarna kuning [jika ada] dan kad perjanjian masing-masing.