Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

KURSUS IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1444H/2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M sebanyak 12 sesi iaitu setiap hari Jumaat dan Ahad dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi.  Kursus yang akan bermula pada 27 Januari 2023M dan berakhir pada 05 Mac 2023M diadakan secara serentak di Pusat-Pusat Kursus yang telah disediakan di keempat-empat daerah. 

Tarikh-tarikh kursus Ibadat Haji adalah seperti berikut:                       

SESIHARITARIKHJAM
1Jumaat27 Januari 20238.00 hingga 10.00 pagi
2Ahad29 Januari 2023
3Jumaat3 Februari 2023
4Ahad5 Februari 2023
5Jumaat 10 Februari 2023
6Ahad12 Februari 2023
7Jumaat17 Februari 2023
8Ahad19 Februari 2023
9Jumaat24 Februari 2023
10Ahad26 Februari 2023
11Jumaat03 Mac 2023
12Ahad05 Mac 2023

​Manakala Pusat-Pusat Kursus Ibadat Haji di keempat-empat daerah adalah seperti berikut: 

DAERAHPUSAT KURSUS
Brunei dan Muara
  • Sekolah Ugama Lambak Kanan, Kampong Lambak Kanan
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampong Mulaut
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas
  • Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampong Sungai Besar
Belait
  • Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, Pekan Seria
Tutong
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong
Temburong
  • Sekolah Persediaan Arab, Bangar, Temburong

​Sehubungan dengan itu, semua baka jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi tahun 1444H/2023M adalah dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus ibadat haji yang telah diaturkan di pusat-pusat kursus yang telah ditetapkan.  


Attachments
Created at 1/25/2023 4:15 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 1/25/2023 4:15 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK