Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1444 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bagi memperingati kembali peristiwa bersejarah Isra' Mi'raj Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, Majlis Sambutan Isra' Dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada Sabtu, 27 Rejab 1444H bersamaan 18 Februari, 2023M mulai jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan membawa tema “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha  Allah".

Majlis Sambutan Isra' Dan Mi'raj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan dengan Persembahan Selawat, Ceramah Khas dan Persembahan Khas.

Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Syarikat PDS Sdn. Bhd, PaddyCo Sdn.Bhd dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Para jemputan, Ahli Jawatankuasa, para peserta persembahan dan individu yang hadir ke majlis itu nanti dinasihatkan untuk:

-Melakukan ujian ART di rumah masing-masing dan memuat naik (Upload) keputusan ART Covid-19 ke aplikasi Bruhealth pada hari majlis berkenaan.

-Hendaklah menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi Bruhealth kepada Penyambut Tetamu atau AJK yang bertugas.

-Digalakkan mensanitasi tangan;

-Elakkan untuk bersalam-salaman;

-Sentiasa melaksanakan penjarakan sosial mengikut SOP Kementerian Kesihatan.

Nota:

-Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk selesma, masalah pernafasan adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.


Attachments
Created at 2/6/2023 9:49 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 2/20/2023 11:48 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK