Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN-PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN UGAMA BRUNEI (SPUB), SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (STPUB) DAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 1444H/2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun 1444H/2023M akan dibuka mulai hari Isnin, 13 Sya'ban 1444H bersamaan 06 Mac 2023M hingga hari Isnin, 10 Syawal 1444H bersamaan dengan 01 Mei 2023M.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab, Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, guru-guru besar sekolah ugama yang berkenaan serta calon-calon persendirian yang berkeinginan menduduki peperiksaan SPUB, STPUB dan SSSRU tahun 2023 supaya akan dapat mengambil BORANG-BORANG PENDAFTARAN di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat.


Attachments
Created at 3/6/2023 10:27 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 3/6/2023 10:27 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK