بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS memaklumkan bahawa Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah akan diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada Hari Isnin dan Selasa, 27 dan 28 Sya'ban 1444H bersamaan 20 dan 21 Mac 2023M bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan kepada semua peserta yang terlibat untuk datang lebih awal pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus ke pihak Urus Setia Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah iaitu Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran, di Blok 2H Tingkat 8, (2H8:04), Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam atau berhubung di talian 2237512 / 2233364.