Bandar Seri Begawan, Selasa, 30hb Jun 2020M–Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi telah melancarkan Program Infaq Tarbiah Khas COVID-19 Persekolahan Arab dan Ugama yang dibukakan kepada agensi kerajaan, sektor swasta dan orang awam sebagai salah satu inisiatif atau ruang bagi meraih pahala dengan beramal jariah bagi sama-sama menyumbangkan barang-barang keperluan pembelajaran dan pakej kesihatan, untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar khususnya yang kurang berkemampuan, agar ianya sentiasa mencukupi dari masa ke semasa. Sebanyak 7 buah sekolah Arab dengan jumlah keramaian pelajar 5,599 orang dan 145 buah sekolah Ugama dengan keramaian pelajar 38,610 orang seluruh negara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dan diteruskan dengan penerimaan
sumbangan daripada program tersebut, yang disampaikan oleh Pengarah Urusan dan
Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Mubashar Khokhar,
Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Norfarizal bin Othman, Pengarah
Ezy Printing Service & Trading Company Sdn. Bhd., Dato Tiong Ing Ping dan
Pengarah Urusan Samima Sendirian Berhad, Haji Hidayathullah bin Haji Tajudeen. Acara
dimulakan dengan penerimaan sumbangan daripada program tersebut, yang
disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Islam Brunei
Darussalam (BIBD), Mubashar Khokhar, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Dr. Norfarizal bin Othman, Pengarah Ezy Printing Service & Trading Company
Sdn. Bhd., Dato Tiong Ing Ping dan Pengarah Urusan Samima Sendirian Berhad,
Haji Hidayathullah bin Haji Tajudeen.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Turut
hadir Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji
Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad
Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama;
dan Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.