Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN-PEPERIKSAAN PRA-SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI [PRA-STPUB] DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI [STPUB] TAHUN 1443H / 2022M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, Selasa, 10 Rejab 1444H bersamaan 31 Januari 2022M-Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah mengeluarkan keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei [Pra-STPUB] dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei [STPUB] tahun 1443H / 2022M bagi calon-calon Pra-U1 dan Pra-U2 Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

1)         Keterangan Pencapaian:

1.1.    Peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei [Pra-STPUB]

Daripada seramai 291 orang calon [pelajar Pra-U1] yang menduduki peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei, seramai 289 orang calon [99.31%] telah memperoleh sekurang-kurangnya satu [1] pangkat Jayyid [Kepujian] dan daripada jumlah tersebut, 221 orang calon [75.95%] telah berjaya memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid [Kepujian] dalam semua mata pelajaran yang diduduki, iaitu meningkat sebanyak 7.09% daripada pencapaian calon pada tahun 2021.

1.2.      Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB)

Seramai 274 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei dan daripada jumlah tersebut, seramai 261 orang calon [95.26%] telah lulus, iaitu peningkatan sebanyak 1.85% daripada tahun 2021, dan daripada jumlah lulus berkenaan, 120 orang calon [43.80%] memperoleh pangkat Mumtaz [Cemerlang] iaitu meningkat sebanyak 2.71% daripada tahun lalu.

2)    Pihak sekolah yang berkenaan bolehlah mengambil keputusan calon bagi sekolah masing-masing pada hari Rabu, 10 Rejab 1444H bersamaan dengan 01 Februari 2023M di Pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, bermula pukul 10:00 pagi.

3)   Sehubungan dengan itu, calon-calon yang menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing.


Attachments