Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH ARAB BELAIT TAHUN 1444H/2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kuala Belait, Sabtu, 13 Rejab 1444H bersamaan dengan 04 Februari 2023M–Seramai 25 orang pelajar dari Sekolah Arab Belait telah mengikuti Program Kepimpinan Pelajar yang terdiri daripada Raed dan Raedah atau Pengawas (Prefect), Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Program diadakan pagi tadi bertempat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampong Pandan, Kuala Belait.

Turut hadir, Yang Mulia Ustazah Pengiran Hajah Masniah binti Pengiran Hussin, Pemangku Guru Besar Sekolah Arab Belait yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta-peserta program.

Objektif program yang dikendalikan oleh MINDA Youth Movement ini adalah untuk  memberi dorongan dan semangat yang tinggi kepada para pemimpin pelajar dalam menjadi seorang ketua serta  dapat mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan–kawan. Juga mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja dalam satu pasukan dan juga meyakinkan diri, khususnya apabila bercakap di hadapan khayalak ramai, mengetahui bahawa tugas yang diamanahkan kepada mereka sangat penting dalam apa jua yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Selain itu, program ini juga diharap dapat membantu membentuk sahsiah yang cemerlang di kalangan para pelajar di samping menggalakkan mereka agar sentiasa menanamkan sifat yang positif serta saling menyokong antara satu sama lain dalam sama – sama menimba ilmu yang telah dipelajari  para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutama sekali memastikan keamanan dan kesejahteraan sekolah.


Attachments