Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SESI PENGAJIAN 2022M INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Sya'ban 1444H bersamaan 16 Mac 2023M-Majlis Penghargaan Pelajar-Pelajar Cemerlang Peringkat Menengah bagi Sesi Pengajian 2022M Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah diadakan petang tadi bertempat di Musolla, Institut Tahfiz Al Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seramai 162 orang penuntut peringkat Menengah bagi sesi pengajian 2022M menerima hadiah masing-masing iaitu 15 orang pelajar menerima Anugerah Al-Imam Asy-Syathibi;  98 orang pelajar menerima Anugerah Al-Imam Jazari; 46 orang menerima Anugerah Cemerlang Akademik; dua (2) orang menerima Anugerah Kategori 'C'; serta seorang pelajar menerima Anugerah Kategori 'D'      

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Awang Razin Hakim bin Abd Razak, pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Diikuti dengan ucapan Yang Mulia Ustaz Ali Sabri bin Haji Yusof, Timbalan Pengetua Pengajian Tinggi Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selaku tetamu kehormat. Seterusnya acara disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar peringkat Menengah yang disempurnakan oleh timbalan-timbalan pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  


Antara tujuan majlis diadakan ialah sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang diraikan atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Al-Quran dan Akademik serta peperiksaan awam di samping sebagai satu motivasi serta pencetus semangat kepada pelajar-pelajar yang lain.

Hadir sama di majlis tersebut ialah timbalan-timbalan pengetua, pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan serta pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.










Attachments