Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENGISLAMAN SEORANG PEREMPUAN BERBANGSA FILIPINA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Lugu, Sabtu, 25 Sya’ban 1444H bersamaan 18 Mac 2023M-Seorang perempuan berbangsa Filipina, Dayang Verona Celiz Tabura, 30 tahun, melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Majlis Pengislaman petang tadi bertempat di Kampong Lugu, Mukim Sengkurong.

Turut hadir di majlis berkenaan, Yang Mulia Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan, Peguasa Da’wah dan Tabligh, Pusat Da’wah Islamiah.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Verona Celiz Tabura, yang kemudian memilih nama Islamnya sebagai Nur Yasmeen Dania Tabura binti Abdullah.  Majlis disempurnakan di hadapan para pegawai dari Bahagian Pengembangan Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan dan diselajurkan dengan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sejak Januari hingga Februari 2023, seramai 70 orang telah memeluk agama Islam di seluruh Negara. Dari jumlah tersebut, 29 orang adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

 

 


Foto: PDI


Attachments