Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SELURUH NEGARA SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1444H/2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Daerah Tutong, Isnin, 5 Ramadhan 1444H bersamaan 27 Mac 2023M- Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang Mubarak, acara-acara keagamaan giat diadakan di di seluruh Negara.  Ramai pihak merebut peluang meningkatkan amalan untuk meraih pahala berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala, tidak kira dari pihak individu, keluarga mahupun di Jabatan-Jabatan Kearajaan dan swasta. Antara aktiviti yang sering diadakan bagi menyemarakkan suasana bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini ialah acara bertadarus Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Daerah Tutong, mengungkayahkan Majlis Tadarus Al-Quran bagi Kelas Bimbingan Muslimah seluruh Negara di masjid berkenaan.

Antara yang ikut serta di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Rosimah binti Hj Mohamad, Isteri Penghulu Mukim Pekan Tutong.

Di samping meningkatkan amal ibadat dalam bulan Ramadhan, acara bertujuan untuk mendorong para muslimah mengamalkan pembacaan Al-Quran sehingga khatam.  Selain itu, acara dihasrat untuk mengeratkan lagi silaturrahim kalangan muslimah masjid.



Foto: JHEM



Attachments