Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PROGRAM SIRI TADABBUR AL-QURAN 6.0

​​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Pulaie, Isnin, 26 Ramadhan 1444H bersamaan 17 April 2023M–Pusat Da'wah Islamiah melalui Urusetia Program Keugamaan Belia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Belia Da'ie telah mengendalikan Program Siri Tadabbur Al-Qur'an 6.0 bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Da'wah Islamiah.

Program tersebut diadakan pada setiap hari Isnin selama empat (4) minggu berturut iaitu bermula dari 27 Mac hingga 17 April 2023. Seramai 40 orang telah menyertai program terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Pusat Da'wah Islamiah, ahli-ahli jawatankuasa Belia Da'ie dan orang awam. Sementara seramai 20 orang juga telah mengikuti program tersebut secara langsung melalui aplikasi Instagram, Belia Da'ie.

Program Siri Tadabbur Al-Qur'an 6.0 memuatkan pelbagai perkongsian daripada para asatizah Negara Brunei Darussalam yang dijemput. Bermula dari sesi pertama yang mana kongsisama adalah mengenai “Tadabuur Surah Al-Alaq" oleh Yang Mulia Ustaz Nasyith Bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah.

Di sesi kedua, sesi kongsisama adalah mengenai “Tadabbur Surah Al Bayyinah" oleh Yang Mulia Ustaz Dr Abdurrahman Raden Aji Haqqi, Profesor Madya, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Sementara kongsisama di sesi ketiga adalah mengenai “Tadabbur Surah Al-Zalzalah dan Surah Al-Qariah" oleh Yang Mulia Ustaz Dr Mikdar Rusdi, Penolong Kanan Profesor, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

Manakala bagi sesi terakhir, kongsisama adalah mengenai “Tadabbur Surah Al-'Adiyat" oleh Yang Mulia Ustazah Dr Hajah Sarinah Binti Haji Yahya, Penolong Profesor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Tujuan program diadakan adalah untuk mempelajari bidang tafsir Al Qur'an secara intensif serta mendalami dan memahami makna-makna yang terkandung dalam Al Qur'an atau istilah arabnya, tadabbur. Di samping itu, untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan menghadiri majlis ilmu berkenaan Al-Qur'an sambil mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa Belia Da'ie dan orang awam.


 

 



Foto: PDI



Attachments