Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAZKIRAH PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN SYAKHSIAH ANAK-ANAK DALAM ISLAM BAGI KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Daerah Tutong, Sabtu, 30 Safar 1445H bersamaan dengan 16 September 2023M-Bagi mendukung Pelan Tindakan Keluarga melalui Jawatankuasa Khas Institusi Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Bukit Udal, Daerah Tutong telah mengadakan program keluarga berupa tazkirah bertajuk “Bagaimana Cara Mendidik Anak Dalam Islam" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dayang Hajah Nadhirah binti Haji Lahit, Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Acara diadakan di masjid berkenaan.

 

​Antara tujuan acara diadakan adalah untuk memberi kefahaman akan kepentingan membentuk syakhsiah/keperibadian anak-anak dan keluarga dalam membina keluarga yang bahagia dan aman tenteram serta berkasih sayang.  Di samping untuk memberi pengetahuan dan panduan cara membimbing keluarga berlandaskan ajaran Islam.  Acara ini juga bertujuan untuk mengongsikan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa pilihan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam berkeluarga. Selain itu untuk meningkatkan semangat dan motivasi di kalangan ibu-bapa untuk terus berusaha memberi bimbingan kepada anak-anak dan keluarga.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Alizah bin Pengiran Haji Mohd. Tahir, Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Semoga dengan adanya program seumpama ini akan dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada para muslimah untuk membimbing keluarga ke jalan yang diredhai Allah.


Foto: JHEM​


Attachments