Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MUSABAQAH SHEIKH FATIMA BINT MUBARAK INTERNATIONAL HOLY QURAN COMPETITION AWARD DUBAI KALI KE-7 [16 – 22 SEPTEMBER, 2023M]

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Khamis, 28 Safar 1445H bersamaan 14 September 2023M-Peserta Negara, Yang Mulia Dayang Salwa binti Haji Ibrahim, telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam petang tadi bagi menyertai Hafazan 30 Juz di Musabaqah Sheikh Fatima Bint Mubarak International Holy Quran Competition Award Dubai Kali Ke-7 yang akan diadakan bermula 16 hingga 22 September 2023M.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas ialah Yang Mulia Awang Hassan Baha bin Haji Umar, Ketua Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam dan Yang Mulia Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusop, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.​

Ikut serta ke Musabaqah tersebut, Yang Mulia Dayang Faten Salwa bin Haji Ibrahim selaku Pengurus Rombongan merangkap Jurulatih.

Yang Mulia Dayang Salwa binti Haji Ibrahim, Mahasiswi Tahun 4, Fakulti Qiraat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) merupakan Johan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya bagi Kategori D (15 Juz) Tahun 2018 dan Peserta Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya bagi Kategori E (30 Juz) Tahun 2023.  Beliau juga adalah Penerima Anugerah Cemerlang sepanjang pembelajaran di Diploma Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al Qur'an Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Hafazan Al-Qur'an.




Foto: i-Ready BPAAM


Attachments