Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL HALAL MABIMS SEMPENA GLOBAL HALAL SUMMIT (GHAS) TAHUN 2023

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Kuala Lumpur, Selasa, 26 Safar 1445M bersamaan 12 September 2023M-Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal MABIMS di bawah Rancangan Strategik Kesejahteraan Sosial sempena penganjuran Global Halal Summit (GHaS) Tahun 2023 telah diadakan pada hari Isnin, 11 September 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hadir ke mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Ketua Sekretariat MABIMS Brunei Darussalam; Yang Mulia Dayang Nur Farizah binti Haji Dollah, Pegawai Permakanan, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Dayang Hazimah binti Haji Aji, Pegawai Ugama, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Halal MABIMS diadakan adalah bertujuan memfokuskan perbincangan kerjasama pensijilan Halal antara Negara Anggota MABIMS dan juga perbincangan mengenai penyelarasan deraf Memorandum Persefahaman Halal MABIMS.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Negara Anggota MABIMS.

Penyelarasan Deraf Memorandum Persefahaman Halal MABIMS adalah selari dengan Rancangan Strategik MABIMS 2021-2025  di bawah fokus strategik Kesejahteraan Sosial yang dipegang oleh Negara Malaysia. Memorandum Persefahaman Halal MABIMS ini dirancang untuk ditandatangani pada Pertemuan Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) ke-20 pada bulan November tahun ini,  di Republik Singapura.




Attachments