Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1445

​Mulai pada tahun ini, Sambutan Awal Tahun Hijrah akan mula disebut sebagai 'Sambutan Ilal Hijrah 1445'.
'Ilal Hijrah' bermaksud menuju kepada penghijrahan. Penghijrahan untuk memperolehi kejayaan dan kehidupan yang lebih baik. Kata-kata sambutan mengalu-ngalukan kedatangan tahun baru hijrah dengan semangat mengajak umat Islam sentiasa istiqamah dalam mengubah diri kepada yang lebih baik dari tahun ke setahun.

 

Nama khas bagi Sambutan Awal Tahun Hijrah ini dicipta untuk diberigakan dan digunakan seluruh Negara sebagai pengenalan Majlis Sambutan berkenaan bagi menggantikan penggunaan nama khas pihak lain khususnya dari luar Negara.
Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 akan diadakan pada hari Selasa malam Rabu, 01 Muharram 1445 Hijrah bersamaan 18hb. Julai, 2023 Masihi di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara mulai jam 5.00 petang dengan tumpuan utama di:

i.Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong
ii.Masjid Rancangan Perpindahan Negara Pandan, Kuala Belait
iii.Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong
iv.Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar Temburong
Antara pengisian utama acara adalah bacaan DOA AKHIR TAHUN HIJRAH dan DOA AWAL TAHUN HIJRAH.
Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 dikendalikan bersama oleh:
i.Kementerian Hal Ehwal Ugama
ii.Kementerian Pembangunan
iii.Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
iv.Jabatan Hal Ehwal Masjid.
Di samping itu juga, akan diadakan acara-acara iringan:
i.Majlis Pemberian Hadiah Kepada Anak-Anak Damit yang Lahir Pada 01 Muharram Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445.

ii.Majlis Ilal Hijrah 1445 di peringkat Kementerian-Kementerian / Jabatan-Jabatan Kerajaan / Intitusi-institusi Pengajian Tinggi / Sekolah-Sekolah / Masjid-Masjid / Persatuan-Persatuan / Swasta.
Tema bagi Sambutan Ilal Hijrah 1445:  berbunyi 'Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera'.
Datanglah beramai-ramai ke Majlis itu nanti, semoga mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala jua. Aaminnn.
SALAM ILAL HIJRAH
SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1445