بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M sebanyak 12 sesi iaitu setiap hari Jumaat dan Ahad dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Kursus yang akan bermula pada 27 Januari 2023M dan berakhir pada 05 Mac 2023M diadakan secara serentak di Pusat-Pusat Kursus yang telah disediakan di keempat-empat daerah.
Tarikh-tarikh kursus Ibadat Haji adalah seperti berikut:
Manakala Pusat-Pusat Kursus Ibadat Haji di keempat-empat daerah adalah seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, semua bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi tahun 1444H/2023M adalah dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus ibadat haji yang telah diaturkan di pusat-pusat kursus yang telah ditetapkan.