Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

EKSPO ANTARABANGSA PRODUK DAN PERKHIDMATAN HALALAN THAYYIBAN

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan Ekspo Antarabangsa Produk Dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban pada 5 hingga 7 Jun 2023 bertempat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Ekspo Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban dibukakan secara percuma untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari iaitu:
-Dari 5 hingga 7 Jun 2023
-Bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam
-Di Ruang Legar dan Bilik Pameran Special Exhibition, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Pengiran Babu Raja
Orang ramai akan dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang isu-isu kontemporari halal, mengetahui peranan agensi-agensi kerajaan dan berautoriti dalam pensijilan Halal, serta berpeluang untuk berinteraksi dengan badan-badan pensijilan halal dari negara-negara serantau dan antarabangsa. Ekspo ini juga akan menampilkan peniaga-peniaga produk yang mempunyai Sijil Halal dan Permit Halal, serta syarikat-syarikat Foreign Direct Investment yang terlibat secara langsung dengan industri halal.
Ekspo Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban dianjurkan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), bagi mendokong Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban kali ke-6 (SAPPHAT VI) bersempena dengan Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) 2023 yang merupakan acara tahunan kelolaan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancungan.
Orang ramai khususnya peniaga-peniaga industri berkaitan halal yang ingin menaiktaraf kualiti produk dan perniagaan, para pelajar dan pengkaji bidang halal serta orang-orang yang berminat adalah sangat dialu-alukan untuk mengunjungi ekspo berkenaan.
Ekspo Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Thayyiban disokong oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Datastream Digital Sdn Bhd (DST), D'Sunlit Sdn Bhd, Ghanim International Corporation Sdn Bhd, Marimin Sdn Bhd dan T.L.T Enterprise.
 ​

Attachments