Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA TAHUN 1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, masyarakat Islam di Negara ini khasnya dan penduduk Islam dunia amnya akan menyambut Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1445 Hijrah.
Di Negara Brunei Darussalam yang majoriti penduduknya berugama Islam seperti lazimnya akan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam secara besar-besaran bagi menyemarakkan dan menyebarkan lagi Syiar Islam di Negara ini di samping memperingati akan kelahiran Baginda Rasullullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada setiap 12 Rabiulawal Tahun Hijrah.
Sehubungan dengan itu, Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, pada Hari Khamis, 12 Rabiulawal 1445 Hijrah bersamaan 28 September 2023 Masihi, bertempat di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, mulai Jam 7.00 Pagi.
Di Daerah Tutong, akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong; Daerah Belait akan diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan Kuala Belait dan, Daerah Temburong akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong.
Sementara itu Latihan Penuh (Rehearsal) bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah bagi Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada hari Selasa, 26 September 2023M bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah ialah "Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati" 'سنة دحياتي , هيدوف دبركتي
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, semoga mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.


Attachments