Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM TAHUN 1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1445 Hijrah akan berlangsung pada Hari Khamis, 12 Rabiulawal 1445H bersamaan dengan 28 September 2023M serentak di keempat-empat Daerah bermula jam 7.00 pagi.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah sukacita mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.
Bagi Daerah Brunei dan Muara, penyertaan adalah dibukakan kepada:
1.Pasukan-Pasukan Beruniform;
2.Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan; 
3.Sekolah-Sekolah Menengah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi;
4.Kampong-Kampong, Majlis Perundingan Kampong dan Takmir Masjid, dan
5.Persatuan-Persatuan dan Sektor Swasta
Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara dibukakan bermula hari ini, Isnin, 18 Safar 1445H bersamaan dengan 04 September 2023M yang boleh diperolehi daripada Urusetia Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah, iaitu Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama atau memuat turun di laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama http//: kheu.gov.bn.
Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia beralamat Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam atau melalui faks 2382351 atau email: syiar.islam@mora.gov.bn.
Sementara itu, borang-borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.
Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari Sabtu, 16 September, 2023 jam 4.00 petang.
Bagi Daerah Brunei dan Muara: Sebarang pertanyaan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi Urusetia Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1445 Hijrah iaitu Awang Abdul Rahim bin Haji Durahman, nombor telefon bimbit 8865741  atau Dayang Mohaizah binti Haji Mahtar, nombor  telefon bimbit 8839641  atau di talian 2382311 sambungan 232 atau 234 atau 237.
Untuk pertanyaan lanjut bagi daerah-daerah mengenainya bolehlah menghubungi seperti berikut:
Daerah Belait: Awang Mohd Noorsuffian Haji Yahya, Setiausaha Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait Tahun 1445 Hijrah, nombor telefon bimbit: 8874466.
Daerah Tutong: Bahagian Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, nombor telefon 4221487.
Daerah Temburong: Awang Elde bin Haji Suhaile, Timbalan Setiausaha Bersama Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Temburong Tahun 1445 Hijrah, nombor telefon bimbit: 8635478.
 
BORANG PENYERTAAN MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM TAHUN 1445 HIJRAH​
 

Attachments