Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PENGAMBILAN SISWA-SISWI BAHARU DIPLOMA TERTINGGI ‘ALIYAH QIRAAT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SESI PENGAJIAN 2024-2027M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah membukakan tawaran Pengambilan Siswa-Siswi Baharu bagi Program Diploma Tertinggi 'Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi Pengajian 2024-2027 bermula pada Hari Khamis, 11hb Januari 2024M hingga Hari Khamis, 22hb Februari 2024M.

Tawaran Pengambilan Siswa-Siswi Baharu bagi Program Tertinggi Diploma 'Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sesi Pengajian 2024-2027 tersebut dibukakan kepada semua Warga dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.

Pemohon hendaklah:

i.Memperolehi pangkat Kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa Cambridge (G.C.E 'O'Level);

ii.Memperolehi sekurang-kurangnya 4 Jayyid (baik) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) termasuk Jayyid (baik) dua mata pelajaran teras iaitu Al-Quran dan Bahasa Arab atau Jayyid (baik) dalam dua mata pelajaran wajib iaitu Tafsir/Hadith/Fiqh/Tauhid/Tarikh dan yang sebanding dengannya.

iii.ATAU sekurang-kurangnya 4 Kredit dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (G.C.E 'O' Level) atau International General Certificate Of Secondary Education IGCSE Level atau yang sebanding dengannya termasuk Kredit C6 dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

iv.Telah hafaz sekurang-kurangnya 10 Juzu' Al-Quran adalah satu kelebihan.

v.Lulus temuduga kemasukan Diploma 'Aliyah Qiraat dan mempunyai akuan kesihatan dari Pusat Kesihatan Kerajaan yang diiktiraf.

Bagi yang bukan rakyat Negara Brunei Darussalam (ibu atau bapa bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan, bolehlah memohon dengan membuat Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.

Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan pada waktu pejabat dibuka, ataupun dimuat turun dari laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama, www.kheu.gov.bn​

Tarikh tutup mengembalikan borang ialah pada Hari Isnin, 22 Februari 2024M, jam 4.00 petang.

Bagi sebarang keterangan lanjut bolehlah menghubungi melalui Pegawai Bahagian Pendaftaran Siswa-Siswi dan Ketua Unit Pengambilan (Hal Ehwal Siswa-Siswi) Pengajian Tinggi Diploma 'Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Ustazah Pengiran Siti Norhamdiah binti Pengiran Metassan, di talian 7165945.

 

BORANG​



Attachments