Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB (PCKSA) TAHUN 1445H / 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) tahun 1445H / 2024M akan dibuka mulai hari Sabtu, 01 Rejab 1445H bersamaan 13 Januari 2024M hingga hari Khamis, 19 Sya'ban 1445H bersamaan dengan 29 Februari 2024M.

Sehubungan dengan itu, Guru-Guru Besar / Ketua Guru Ugama sekolah yang berkenaan supaya akan dapat mengambil BORANG-BORANG PENDAFTARAN di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Mailis, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat.


Attachments