بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada bakal-bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M bahawa pembayaran Pakej Haji bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M akan bermula pada hari Jumaat, 07 Rejab 1445H bersamaan 19 Januari 2024M dan berakhir pada hari Rabu, 19 Rejab 1445H bersamaan 31 Januari 2024M.
Sehubungan dengan itu, bakal-bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji pada Musim Haji Tahun 1445H/2024M ini adalah dikehendaki dengan segera untuk membuat pembayaran penuh harga Pakej Haji kepada Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji yang dipilih pada waktu yang telah ditetapkan tersebut bagi memastikan semua urusan Haji dengan pihak berkenaan di Arab Saudi berjalan dengan lancar dan teratur.
Bakal-bakal Jemaah Haji bolehlah berhubung terus dengan Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji yang dipilih untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pakej Haji yang ditawarkan dan proses pembayaran Pakej Haji.