Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bagi memperingati peristiwa bersejarah Isra' dan Mi'raj junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi Wasallam, Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah akan diadakan pada Hari Khamis, 27 Rejab 1445 Hijrah bersamaan 8 Februari 2024 Masihi mulai jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan membawa tema “Sembahyang Tiang Ugama".

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan dengan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an, Persembahan Selawat, Ceramah Khas dan Persembahan Khas.

Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pusat Da'wah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Unified National Networks Sdn Bhd (UNN).

Para jemputan, Ahli Jawatankuasa, para peserta persembahan dan individu yang hadir ke majlis itu nanti dinasihatkan untuk:

•Melakukan ujian ART di rumah masing-masing (jika perlu).

•Hendaklah menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi Bruhealth kepada Penyambut Tetamu atau AJK yang bertugas.

Nota:

•Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk selesma, masalah pernafasan adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.


Attachments