Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

SYARIKAT PENGENDALI YANG DIBENARKAN MENGENDALI PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI BAGI TAHUN 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan bahawa tiga (3) buah syarikat pelancongan telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024 Masihi iaitu Al-Miqat Travel & Tours Sdn. Bhd., Humzaik Travel & Tours Sdn. Bhd., dan El-Abqari Travel & Tours Sdn. Bhd.

Dengan kebenaran tersebut, maka pada masa ini sebanyak dua puluh empat (24) buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024 Masihi iaitu:

1.Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

2.Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)

3.Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)

4.Continental Yachting Sdn. Bhd.

5.At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

6.Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.

7.Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd.

8.Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd.

9.Al-Abraj Travel & Tours Sdn. Bhd.

10.Al-Baraka Travel Services Sdn. Bhd.

11.Aleiya Voyages Sdn. Bhd.

12.Al-Hajat Tours & Travels Agency Sdn. Bhd.

13.Al-Haramain Bil Iman Travel & Tours Sdn. Bhd.

14.A Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.

15.Balurih Travel Sdn. Bhd.

16.Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.

17.JB Travel Agencies Sdn. Bhd.

18.Lamisa International Tours & Travels Sdn. Bhd.

19.Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.

20.PGGMB Travel Services Sdn. Bhd.

21.Qamaroon Tours Sdn. Bhd.

22.Al-Miqat Travel & Tours Sdn. Bhd.

23.Humzaik Travel & Tours Sdn. Bhd.

24.El-Abqari Travel & Tours Sdn. Bhd.

(Senarai penuh Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi Tahun 2024 Masihi adalah seperti dilampiran).

Senarai syarikat berkenaan juga boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama: www.kheu.gov.bn atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji di talian 2384478 atau emel: juh.kheu@mora.gov.bn.   

Orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan tersebut.


Attachments