Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PENDAFTARAN BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 1444H / 2023M MELALUI PERKHIDMATAN SMS

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Rabu, 18 Sya'ban 1445 bersamaan 28 Februari 2024-

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn. Bhd., Imagine Sdn. Bhd. dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Tahun 1444H / 2023M melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) akan mula dibukakan.

Calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan ini adalah dikehendaki mendaftar terlebih dahulu melalui perkhidmatan SMS.  Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mendaftar menggunakan telefon bimbit mulai hari Khamis, 29 Februari 2024, pukul 10:00 pagi.

Para pelanggan hendaklah menaip teks berikut: KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd. atau 39966 bagi pelanggan Imagine Sdn. Bhd. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos.

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan dan pelanggan akan dikenakan caj bayaran B$1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima.  Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

Melalui perkhidmatan ini, diharap akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama tahun 1444H / 2023M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma dan syarat bagi perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi MachTel melalui e-mel: kheuresults@machbrunei.com.


Attachments