Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN PERINGKAT NEGARA TAHUN 1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah akan diadakan pada Hari Rabu malam Khamis, 17 Ramadhan 1445 Hijrah bersamaan 27 Mac 2024 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pukul 9.00 malam.

Antara pengisian acara ialah

•Permakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah; dan

•Persembahan 5 (lima) orang Pemenang Terbaik daripada Setiap Kategori.

Tema bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah ialah “Al-Qur'an Pedomanku".

Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh  Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, dan Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur'an MABIMS.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Subhanahu wa Ta'ala.​


Attachments