Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

HANYA PEMEGANG VISA HAJI YANG SAH SAHAJA YANG DIBENARKAN UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1445H / 2024M

​​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Rabu, 28 Syawal 1445 bersamaan 08 Mei 2024–Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pemberitahuan yang dikeluarkan dalam bentuk infografik oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bahawa hanya pemegang Visa Haji yang sah sahaja dibenarkan untuk mengerjakan ibadat Haji.

Manakala mana-mana pemegang Visit Visa, Tourism Visa, Work Visa, Transit Visa atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan untuk mengerjakan ibadat Haji pada musim Haji tahun 1445H/2024M ini.

Dalam hubungan ini, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji diingatkan hendaklah mengikuti semua peraturan dan saluran serta tatacara yang betul ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi terus Jabatan Urusan Haji di talian: 2384478 atau e-mel: juh.kheu@mora.gov.bn.


Attachments