Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-30 2024

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pentadbiran, Jabatan Pengajian Islam, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Unit Program Ta'zeez Al-Lughah Al-'Arabiah Bil Madaris Al-'Arabiah, dan Pusat Bahasa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan akan mengendalikan bersama Acara Bersempena Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam Ke-30 pada hari Ahad, 10 Zulkaedah 1445 bersamaan 19 Mei 2024, Pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan menyokong usaha mengamalkan cara hidup sihat dengan gaya hidup yang aktif di samping menyemarakkan lagi suasana program Bandarku Ceria.

RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-30 2024

Attachments