Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

UJIAN TASMIE' MENGHAFAZ AL-QURAN KALI KEDUA TAHUN 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quan Kali Kedua Tahun 2024M, bermula pada penghujung bulan Julai 2024M yang dibukakan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja.

Sehubungan dengan itu, Permohonan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quan Kali Kedua Tahun 2024M akan dibukakan mulai hari Selasa, 26 Zulkaedah 1445H bersamaan 04 Jun 2024M.

Permohonan dan Penghantaran Borang Permohonan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quan Kali Kedua Tahun 2024M boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di Media Sosial Urus Setia berikut:

           FB - Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran.

           FB - Urus Setia Ujian Tasmie' Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam.

           IG - PPPQ MABIMS (official).

Tarikh Tutup Permohonan dan Penghantaran Borang adalah pada hari Khamis, 06 Zulhijjah 1445H bersamaan 13 Jun 2024M.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.


Attachments