Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJÍAN 1446H / 2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baharu (Peringkat Menengah Tahun 7) Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi 1446H/2025M bermula pada Hari Isnin, 10 Jun 2024 hingga Sabtu, 3 Ogos 2024 dengan mengisikan Borang Permohonan secara dalam talian melalui pautan: https://kemasukanitq2025.my.canva.site/.

Syarat-Syarat Kemasukan ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah:

1.Terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Darussalam atau penduduk tetap.

2.Bagi yang bukan rakyat yang ibu atau bapa bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked Companies di Negara Brunei Darussalam, boleh juga memohon dengan cara menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.

3.Pemohon hendaklah berumor tidak lebih 14 tahun pada 1 Januari 2025 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-sekolah Kerajaan atau Swasta pada 2024.

4.Lulus dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat 'C' dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R) atau yang setaraf dengannya.

5.Lulus temuduga hafazan Al-Quran yang dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

6.Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.

7.Mematuhi peraturan-peraturan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

8.Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bagi pemohon yang mempunyai kesulitan untuk mengisi borang dalam talian, pihak Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan membantu pemohon untuk mengisi borang dalam talian di Blok Pentadbiran lnstitut berkenaan di Simpang 175, KM2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.  Waktu operasi pada sebelah pagi sahaja iaitu jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bermula 9 Julai hingga 3 Ogos 2024 yang akan dibukakan setiap hari Selasa dan Khamis. Pemohon adalah dikhendaki untuk membawa dokumen yang berkaitan (sila rujuk borang pendaftaran).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkara di atas bolehlah menghubungi Bahagian Pendaftaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah di talian telefon 222090/093/096 samb. 229 atau 230.

 

Sila klik BORANG TAWARAN


Attachments