Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bagi memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah, Negara Brunei Darussalam akan menyambut ketibaan Awal Tahun 1446 Hijrah dengan sebutan Ilal Hijrah.

Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 akan diadakan pada hari Sabtu Malam Ahad, 01 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 06 Julai 2024 Masihi di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara mulai jam 5.00 petang dengan tumpuan utama di:

i.Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong

ii.Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait

iii.Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

iv.Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong

Antara pengisian utama acara adalah bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah.  Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan.

Di samping itu, akan juga diadakan acara-acara iringan, antaranya:

  1. Majlis Pemberian Hadiah kepada Anak-Anak Damit yang Lahir pada 01 Muharram Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1446; dan
  2. Ceramah di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, dan Intitusi-institusi Pengajian Tinggi serta Masjid-Masjid.

Tema bagi Sambutan Ilal Hijrah 1446 ialah “Memelihara Akal, Masyarakat Sejahtera".'

Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai ke majlis itu nanti di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara bagi sama-sama menyambut ketibaan Awal Tahun 1446 Hijrah.   Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua.   Aamiin.

Salam Ilal Hijrah

SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1446

Attachments