Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

BORANG PENYERTAAN PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA BAGI TAHUN 1446 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1446 Hijrah akan diadakan pada Hari Isnin, 12 Rabi'ulawal 1446 Hijrah bersamaan dengan 16 September 2024 Masihi serentak di keempat-empat daerah bermula jam 7.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1446 Hijrah sukacita mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, penyertaan adalah dibukakan kepada:

1.Kategori Kementerian-Kementerian

2.Kategori Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Sekolah Arab / Sekolah Menengah / Swasta

3.Kategori Kampung dan Masjid

4.Kategori Persatuan dan Sektor Swasta

Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara telahpun dibukakan dan boleh diperolehi sekarang daripada Urusetia Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1446 Hijrah, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia beralamat di Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam atau melalui faks 2382351 atau e-mel: syiar.islam@mora.gov.bn.  Borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.

Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari Isnin, 02 September 2024 jam 4.00 petang.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, sebarang pertanyaan lanjut mengenainya boleh menghubungi Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui talian 2382301 sambungan 234 dan 237.

Bagi Daerah Belait, boleh berhubung dengan Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya, Setiausaha Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait Bagi Tahun 1446 Hijrah di nombor telefon bimbit 8874466.

Bagi Daerah Tutong, Dayang Noraini binti Haji Saniah, Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Tutong Bagi Tahun 1446 Hijrah di nombor telefon bimbit 8243010.

Bagi Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali, Timbalan Setiausaha Bersama Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Temburong Bagi Tahun 1446 Hijrah di nombor telefon bimbit 8851981.

BORANG PENYERTAAN PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM TAHUN 1446 HIJRAH​

 


Attachments