بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446 Hijrah akan diadakan serentak di seluruh negara pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 1446 Hijrah bersamaan 16 September 2024 Masihi bermula pukul 7.00 pagi dengan Tema “Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam".
Seperti lazimnya, di Negara Brunei Darussalam acara kemuncak sambutan di peringkat negara ialah perhimpunan dan perarakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Bagi memastikan kelancaran Majlis Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446 Hijrah di peringkat negara, satu taklimat dan perjumpaan berhubung dengan sambutan berkenaan akan diadakan pada Hari Isnin, 9 September 2024, pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada semua ketua pasukan atau wakilnya supaya akan dapat sama-sama hadir pada tarikh, tempat dan masa yang disebutkan di atas.