Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1446H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong akan mengendalikan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1446H/2024M. Musabaqah ini adalah merupakan musabaqah Peringkat Awal bagi pemilihan Qari dan Qariah untuk melayakkan diri seterusnya ke Peringkat Separuh Akhir yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Syarat kelayakan bagi menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1446H/2024M ialah:- 

i.Hendaklah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan Warna Kuning), beragama Islam, bermazhab Syafi'ee aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. 

ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun semasa mendaftar. 

Pemilihan awal Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1446H/2024M akan diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 22 Oktober hingga 24 Oktober 2024 di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. 

Sehubungan dengan itu, Borang Penyertaan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1446H/2024M boleh diperolehi di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama atau melalui e-mel imarahjhem@gmail.com. 

Borang yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar terus melalui e-mel yang tertera di atas atau terus ke Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid tidak lewat pada 14 Oktober 2024 (Hari Isnin), pukul 4.00 petang. * (Tertakluk kepada perubahan). 

Untuk  maklumat lanjut,  bolehlah berhubung terus dengan pegawai-pegawai Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid iaitu Yang Mulia Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali, Ketua Bahagian Imarah di talian 8326202  atau Yang Mulia Dayang Hajah Surinah / Tini binti Haji Shamsuddin di talian 8878570 atau Yang Mulia Awang Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar di talian 8831350.


Attachments